Ahad, 27 September 2009

Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Keluar Majalah

Majalah Wanita telah menceritakan kisah isteri serta cahaya kelahiran Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Selayang baru-baru ini. Untuk maklumat serta kisah beliau sila layari Majalah Wanita bulan Oktober 2009.
Ehsan PRO 27/09/09

Sabtu, 26 September 2009

Salam Aidilfitri

Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Moga perjalanan warga selayang yang balik ke kampung dalam keadaan selamat sejahtera hendaknya.

Ehsan PRO 26/09/09

Rabu, 16 September 2009

TV3 Singgah Sahur @ Selayang

Sg Buloh: Program Singgah Sahur TV3 telah membuat rakaman bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di Pusat Thafiz Az-Zahrah, Kg. Sg Polong, Sg Buloh pada 16.09.09. Rakaman program ini telah dimulakan seawal jam 3 pagi di mana pengacara program sdr Ally Iskandar dan Dato' Ketua Pemuda Selayang telah mengejutkan pelajar - pelajar thafiz yang seramai 61 orang untuk bersahur bersama. Difahamkan juga thafiz telah ditubuhkan pada Jun 2001 dan hanya dibantu oleh 4 tenaga pengajar serts 5 pegawai yang mentakbir pusat tersebut. Sumbangan yang telah di berikan adalah daripada LG, juadah Pizza dari Pizza Pah dan dari TV3. Rakaman ini telah diserikan lagi dengan kehadiran penyayi baru saudari Wanna. Program ini akan disiarkan pada 18.09.09 jam 12.30 pagi. Program ini berakhir jam 5.00 pagi.

-Ehsan PRO 16.09.09

TV3 Singgah Sahur @ Selayang- Gambar

















































- Ehsan PRO 16.09.09

Majlis Buka Puasa KP Selayang & Mesyuarat Singgah Sahur TV3-Gambar

Kuang: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selayang, Dato' Sohaimi Shahadan telah mengadakan majlis berbuka puasa serta menyerahkan sumbangan kepada anak yatim dan thafiz pada 15.09.09 di rumahnya.Seramai 30 penerima daripada asrama anak yatim kuang dan 50 pelajar Thafiz, Shah Alam telah dibawa bersama untuk majlis ini. Majlis di akhiri dengan mesyuarat khas rancangan rakaman program singgah sahur yang akan di ikuti oleh pemuda selayang.
Ehsan PRO 15.09.09

Majlis Buka Puasa KP Selayang & Mesyuarat Singgah Sahur TV3-Gambar

















-Ehsan PRO 15.09.09

Ahad, 13 September 2009

Sumbangan Ibu Tunggal & DUN Taman Templer.

Kampong Selayang Indah: Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang dengan usahasama Persatuan Ibu Tunggal Campaka Biru Daerah Gombak & Petaling telah menganjurkan majlis sumbangan bersempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri.
Majlis ini telah berjaya mengumpul 100 ibu tunggal yang juga merupakan ahli Cempaka Biru. Sumbangan yang telah diberikan adalah ehsan daripada Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian yang menghulurkan barangan keperluan dapur. Selain sumbangan, pihak Pergerakan Pemuda juga akan menaja wang tunai sebanyak RM100 sebulan bagi membiaya penyewaan pejabat Campaka Biru.
Sejurus selepas majlis tersebut, Dato’ Ketua Pemuda Bahagian bersama Exconya telah dibawa melawat ke beberapa buah rumah yang telah dikenalpasti untuk menerima bantuan sumbangan daripada Pergerakkan Pemuda Bahagian, menurut beliau “program melawat ke rumah merupakan usaha pemuda dalam mendekati rakyat ataupun lebih dikenali sebagai Iftar Ramadhan”
Beberapa rumah yang sempat beliau lawati adalah seperti:
1)Rumah Pn Atifah yang merupakan Ibu Tunggal yang menyara 3 orang anak dan hanya mendapat pendapatan sebanyak RM 650 sebulan.
2)Rumah Tok Ali Salleh yang berumur 86, tidak bekerja malah buta.
3)Rumah Rohani Hashim seorang ibu tunggal berumur 54 tahun.
Bagi program ini, sebanyak 40 buah rumah telah dikenalpasti dan sumbangan akan diedarkan oleh Exco Pemuda Bahagian DUN Taman Templer.
-Ehsan PRO 13/9

Sumbangan Ibu Tunggal & DUN Taman Templer-Gambar











































-Ehsan PRO 13/9







Majlis Buka Puasa Perdana bersama PM oleh Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia

Tasik Chini: Biro Ekonomi Pergerakkan Pemuda Malaysia yang diterajui oleh Y.Bhg Dato' Sohaimi Shahadan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Penyampaian Sumbangan bersama YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 12hb September 2009 di Masjid Tasik Chini 4, Felda Chini,Pekan, Pahang. Majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan kepada lebih 3000 penerima yang rata-rata penduduk Felda Chini dan diikuti dengan ucapan serta majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama rakyat dan solat Maghrib. Selesai majis bersama Perdana Menteri dan rakyat, Dato' Sohaimi telah meluangkan masa hampir 30 minit untuk sesi suaikenal dan penghargaan kepada Ketua serta Exco Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Pekan. Beliau kemudiannya bergegas ke Lapangan Terbang Tentera Udara, Pekan untuk mengucapkan selamat pulang kepada Perdana Menteri.




-Ehsan PRO 12/9