Ahad, 13 September 2009

Sumbangan Ibu Tunggal & DUN Taman Templer.

Kampong Selayang Indah: Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang dengan usahasama Persatuan Ibu Tunggal Campaka Biru Daerah Gombak & Petaling telah menganjurkan majlis sumbangan bersempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri.
Majlis ini telah berjaya mengumpul 100 ibu tunggal yang juga merupakan ahli Cempaka Biru. Sumbangan yang telah diberikan adalah ehsan daripada Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian yang menghulurkan barangan keperluan dapur. Selain sumbangan, pihak Pergerakan Pemuda juga akan menaja wang tunai sebanyak RM100 sebulan bagi membiaya penyewaan pejabat Campaka Biru.
Sejurus selepas majlis tersebut, Dato’ Ketua Pemuda Bahagian bersama Exconya telah dibawa melawat ke beberapa buah rumah yang telah dikenalpasti untuk menerima bantuan sumbangan daripada Pergerakkan Pemuda Bahagian, menurut beliau “program melawat ke rumah merupakan usaha pemuda dalam mendekati rakyat ataupun lebih dikenali sebagai Iftar Ramadhan”
Beberapa rumah yang sempat beliau lawati adalah seperti:
1)Rumah Pn Atifah yang merupakan Ibu Tunggal yang menyara 3 orang anak dan hanya mendapat pendapatan sebanyak RM 650 sebulan.
2)Rumah Tok Ali Salleh yang berumur 86, tidak bekerja malah buta.
3)Rumah Rohani Hashim seorang ibu tunggal berumur 54 tahun.
Bagi program ini, sebanyak 40 buah rumah telah dikenalpasti dan sumbangan akan diedarkan oleh Exco Pemuda Bahagian DUN Taman Templer.
-Ehsan PRO 13/9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan