Jumaat, 11 September 2009

Program Bantuan Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa DUN

Parlimen Selayang: Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang telah melancarkan program Bantuan Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa peringkat DUN di parlimen Selayang. Program ini telah disempurnakan sendiri oleh Y.Bhg Dato' Sohaimi Shahadan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Program ini telah dimulakan di DUN Kuang pada 5hb September 2009 bertempat di Tapak Pasar Malam, Kuang. Program ini telah diserikan lagi dengan kehadirian ADUN Kuang, YB Abdul Shukur Idrus selain penyediaan serta penyerahan bubur lambur oleh Pemuda Pergerakkan Pemuda UMNO Kuang.
Program kedua telah dilangsungkan di Surau Al-Ittihat, Taman Tun Teja, Rawang pada 7hb September 2009. Seramai 50 penerima telah mendapat sumbangan berbentuk keperluan dapur daripada Sohaimi. Selain itu juga, penerima telah diraikan dengan juadah berbuka puasa pada hari tersebut
Program terakhir akan diadakan di DUN Taman Templer pada 13hb September 2009.

-Ehsan PRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan