Khamis, 10 September 2009

Kambing oh Kambing



Batang Berjuntai: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Sohaimi Shahadan bersama Exconya telah membuat kunjung hormat ke pusat ternakan kambing di sini.
Tujuan program ini merupakan projek usahasama Penternakan Kambing Bour Diantara Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang, Koperasi Wawasan Muda Berhad, Mj Fatonah Enterprise Dan Hybrid Alliad Sdn Bhd. Program ini telah diadakan pada 29hb Ogos 2009 yang bertempat di Lot 1449, Kg Telok Penyamun, Batang Berjuntai
Sebanyak 50 ekor kambing Bour yang telah diterbangkan daripada negara Australia dan dipinjamkan kepada pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang untuk diternakkan. Hasil daripada ternakan ini, ia diharapkan dapat memberi bantuan kepada pemuda untuk mempelajari proses penternakkan mahupun kerjaya dalam bidang ternakkan selain merupakan salah satu mata pendapatan bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang.
Projek ini telah diketuai oleh En Dazma (Boy), Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Selayang.


-Ehsan PRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan