Majalah Wanita telah menceritakan kisah isteri serta cahaya kelahiran Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Selayang baru-baru ini. Untuk maklumat serta kisah beliau sila layari Majalah Wanita bulan Oktober 2009.
Ehsan PRO 27/09/09
Blog Ini Menceritakan Program Serta Aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang
Sg Buloh: Program Singgah Sahur TV3 telah membuat rakaman bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di Pusat Thafiz Az-Zahrah, Kg. Sg Polong, Sg Buloh pada 16.09.09. Rakaman program ini
telah dimulakan seawal jam 3 pagi di mana pengacara program sdr Ally Iskandar dan Dato' Ketua Pemuda Selayang telah mengejutkan pelajar - pelajar thafiz yang seramai 61 orang untuk bersahur bersama. Difahamkan juga thafiz telah ditubuhkan pada Jun 2001 dan hanya dibantu oleh 4 tenaga
pengajar serts 5 pegawai yang mentakbir pusat tersebut. Sumbangan yang telah di berikan adalah daripada LG, juadah Pizza dari Pizza Pah dan dari TV3. Rakaman ini telah diserikan lagi dengan kehadiran penyayi baru saudari Wanna. Program ini akan disiarkan pada 18.09.09 jam 12.30 pagi. Program ini berakhir jam 5.00 pagi.
Pemuda UMNO Selayang, Dato' Sohaimi Shahadan telah mengadakan majlis berbuka puasa serta menyerahkan sumbangan kepada anak yatim dan thafiz pada 15.09.09 di rumahnya.Seramai 30 penerima daripada asrama anak yatim kuang dan 50 pelajar Thafiz, Shah Alam
telah dibawa bersama untuk majlis ini. Majlis di akhiri dengan mesyuarat khas rancangan rakaman program singgah sahur yang akan di ikuti oleh pemuda selayang.
Kampong Selayang Indah: Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang dengan usahasama Persatuan Ibu Tunggal Campaka Biru Daerah Gombak & Petaling telah menganjurkan majlis
sumbangan bersempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri.
sumbangan, pihak Pergerakan Pemuda juga akan menaja wang tunai sebanyak RM100 sebulan bagi membiaya penyewaan pejabat Campaka Biru.
sumbangan daripada Pergerakkan Pemuda Bahagian, menurut beliau “program melawat ke rumah merupakan usaha pemuda dalam mendekati rakyat ataupun lebih dikenali sebagai Iftar Ramadhan”
yang menyara 3 orang anak dan hanya mendapat pendapatan sebanyak RM 650 sebulan.
Tasik Chini: Biro Ekonomi Pergerakkan Pemuda Malaysia yang diterajui oleh Y.Bhg Dato' Sohaimi Shahadan telah menganjurkan Majlis
Berbuka Puasa Perdana dan Penyampaian Sumbangan bersama YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 12hb September 2009 di Masjid Tasik Chini 4, Felda Chini,Pekan, Pahang. Majlis telah dimulakan dengan penyampaian sumbangan oleh Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Pekan kepada lebih 3000 penerima yang rata-rata penduduk Felda Chini dan diikuti dengan ucapan serta majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama rakyat dan solat Maghrib. Selesai majis bersama Perdana Menteri dan rakyat, Dato' Sohaimi telah
meluangkan masa hampir 30 minit untuk sesi suaikenal dan penghargaan kepada Ketua serta Exco Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Pekan. Beliau kemudiannya bergegas ke Lapangan Terbang Tentera Udara, Pekan untuk mengucapkan selamat pulang kepada Perdana Menteri.