Ahad, 8 November 2009

BBQ Bersama PDM Sg Serai

Sg Serai, Kuang 61109: Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang telah mengadakan program BBQ Bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Serai, Kuang. Program ini telah dirasmikan oleh Dato Ketua Pemuda Bahagian Selayang. Hampir 200 penduduk telah menghadiri program ini.

5 ulasan:

  1. Tahniah!program sebegini memang patut dilaksanakan selalu.umno bersama rakyat.Tetapi aku tengok program ni lebih kepada program bersama ahli UMNO.Hari tu aku ada hadir.Aku tanya orang kampung situ berapa penduduk dekat kampung situ.Orang tua tu cakap ada seribu lebih.tak jemput ke penduduk kampung menghadiri program tersebut.Satu lagi aku kesian tengok Ketua Pemuda UMNO Selayang beria-ia dia nak buat program tapi malangnya exco dia sendiri langsung tak membantu dia.Exco dan ahli UMNO yang hadir pada majlis tersebut duduk kelompok-kelompok bersembang dengan kelompok.Sepatutnya program sebegini mereka rapatkan diri dengan pengundi disitu.Orang kata apa buat "personal touch" terhadap pengundi disitu baru capai matlamat program.

    Kepada mereka-mereka berkenaan jangan marah atau berkecil hati. Anggaplah teguran aku ni sebagai teguran membina.Ikutkan aku takut nak tegur kerana orang UMNO ni dulunya tak suka ditegur tapi suka di ampu dan dibodek tapi aku tertarik dengan ucapan PM dan aku baca buku dia yang bertajuk "MENGNAKHODAKAN ZAMAN" baru aku berani cakap.
    lagi sekali jangan marah..atau terasa.....

    BalasPadam
  2. saudara warisan..terima kasih diatas komantar tuan.segala teguran mahupun nasihat akan kami ambil ikhtibar serta pengajaran buat kami dimasa masa yang akan datang.
    mungkin kami terlepas pandang...mahupun menoleh, mohon sudilah utk mengajar kami... bak kata pepatah ambil galah tolong jolokan..
    Utk pengetahuan tuan ini bukanlah program pertama pemuda bersama rakyat malahan hampir berpuluh program utk rakyat telah kami adakan..bagi program ini pula banyak hebahan telah kami lakukan bagi merapatkan dan merialisasikan perhubungan bukan saja diantara exco dan ahli UMNO bahkan seluruh PDM..munkin segelintir masih merasakan ada jurang diantara mereka dan kami..tapi hakikatnya kamipun rakyat dan rakyat adalah kami jua.keluhan serta masalah mereka akan didengari dan diatasi ..insyaaalah.
    kami tidak berasa kecil hati mahupun tersinggung kerna ia adalah satu penambahbaikan buat kami.terima kasih sekali lagi kerana menghadiri program yang telah dianjurkan oleh kami..disamping itu kami ingin menjemput saudara untuk ke program - program yang sedang dan akan disusun oleh pemuda bahagian. terima kasih

    - pro pemuda selayang.

    BalasPadam
  3. Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia!!!Tulisan dan teguran ini ditujukan itu hanya kepada segelintir exco dan ahli UMNO yang tak bekerja.Kepada exco dan ahli-ahli yang ikhlas berjuang TAHNIAH aku ucapkan.Bukan apa aku tengok dan aku lihat dalam UMNO ni ada 1 masalah iaitu mengenai persoalan sikap....rasa-rasanya saudara penulispun faham perkara ni...

    Aku teringat waktu kecil dulu aku selalu dengar lagu rakyat Bangau oi Bangau.Saudara pun tahu lagi ni.Cerita lagu ni macam ni
    Bangau hoi Bangau kenapa engkau kurus
    Jawab Bangau:Macam mana aku tak kurus Ikan
    tak mahu timbul
    Ikan hoi Ikan kenapa kau tak mahu timbul
    Jawab Ikan:Macam mana aku tak timbul
    rumput panjang sangat
    sampai la lagu kepada hujan turun
    Hujan hoi Hujan kenapa engkau turun
    Jawab hujan:macam mana aku tak turun
    katak panggil aku
    Katak hoi katak kenapa ebgkau panggil
    hujan,
    Jawab Katak: macam mana aku tak
    panggil hujan,ular nak makan aku
    Ular hoi ular kenapa kau nak makan
    katak
    Jawab Ular:macam mana aku tak makan
    katak,memang makanan aku.
    Bayangkan kalau ulsr jawab sebab
    perut dia lapar,lepas tu tanya pulak
    kat perut sampai sudah tak jumpa
    keputusan.

    Sebab tu Dato Seri Najib Tun Razak
    dalam ucapannya"Mengnakhodakan zaman"
    dia cakap kita sebagai ahli umno demi
    mencapai matlamat yang paling penting kita mesti mengenal pasti kelemahan dan kekuatan..Kelemahan perlu dibaiki manakala kekuatan sedia ada perlu dikukuhkan dan dimantapkan.Jika kita tidak terus melakukan proses ini,UMNO akan dilihat sebagai sebyah parti yang terus-terusan berada dalam PENAFIAN.(Seperti lagu rakyat di atas).Usaha pembaharuan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan.

    Kalau nak baca seterusnya minta kat Dato Ketua Pemuda buku Mengnakhodakan zaman.Baru kita faham....
    sekian,wassalam.Aku nak pegi ke blog pembangkang pulak dan serang diorang....Bye adios....

    BalasPadam
  4. cadang dato ketua pemuda buat program bayar hutang...termasuk hutang beliau skali..

    BalasPadam
  5. Salam, boleh saya tahu snama dan alamat ketua kampung sg serai, kuang?

    BalasPadam