Selasa, 29 Disember 2009

Kem Jatidiri Putra UMNO Bahagian Selayang













Biro Putra Bahagian Selayang telah menganjurkan program Jatidiri Putra Selayang pada 26-27 disember 2009 bertempat di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling, Selangor. Seramai 60 peserta telah mengambil bahagian untuk kem ini. turut hadir dalam perasmian penutup adalah Sdr Megat Zulkarnain yang juga merupakan pengerusi Putra Umno Malaysia merangkap ketua pemuda bahagian Gombak. Ucapan terima kasih buat semua yang menjayakan kem ini.

-Ehsan PRO

Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah Gombak


Pergerakaan bersama balai polis daerah gombak telah menganjurkan program bola sepak 9 sebelah pada 27 disember 2009 di padang taman mawar, rawang Selangor.

-Ehsan PRO

brainstorming dan retreat pemuda 18-19 disember 2009

Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Selayang telah mengadakan program brainstorming dan retreat bagi semua barisan EXCO pemuda di Ancasa hotel and resort port dickson. Turut di undang adalah ketua bahagian seremban dan ketua bahagian selayang untuk merasmikan program pemutup.

Ehsan PRO

Rabu, 16 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1432

Dato' Ketua Pemuda, Naib serta barisan Exco Pemuda Selayang ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua umat islam

Doa Akhir Tahun Hijrah

Hendaklah dibaca beberapa minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu asar)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan engkau Berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampuninlah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dr kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga- moga Allah SWT mencururi rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Doa Awal Tahun Hijrah

Hendaklah dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib hari awal tahun Hijrah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kpd keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu2nya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yg banyak mendorong kpd kejahatan dn kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yg boleh mendekatkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, Tuhan yg merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurniaan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah SWT mencururi rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat- sahabatnya sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


- Ehsan PRO

Ahad, 13 Disember 2009

Program Jati Diri-Biro Putra Selayang.

Biro Putra Pemuda Selayang akan menganjurkan Kem Jati Diri yang akan diadakan pada 26 Hingga 27 Disember 2009 bertempat di Kem PLKN, Kerling. Sebarang pertanyaan mahupun borang bolehlah menghubungi Sdr Jasni (Pengerusi Biro) di talian 0196680075 atau pejabat pemuda.

Ehsan PRO

Isnin, 7 Disember 2009

Program Disember Tahun 2009

Barisan EXCO seta Naib dan Dato' Ketua Pemuda akan menghadiri Program Brainstorming, Retreat dan Mesyuarat Pemuda pada 18 dan 19 Disember 2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

-Ehsan PRO

Selasa, 1 Disember 2009