Selasa, 27 Oktober 2009

Deparaya @ bilik berita Media Prima- 271009

Bandar Utama: Pergerakkan pemuda UMNO Bahagian Selayang bersama Dato' Ketua Pemuda telah menghadiri jemputan deparaya yang dianjurkan oleh bilik berita media prima pada 27 oktober 2009. Ehsan PRO 271009

Jumaat, 23 Oktober 2009

Terima Kasih PM

Parlimen: Pemuda UMNO Selayang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas pembentangan budget 2010 yang melihat ke arah pembentukan golongan insan luar bandar dan juga kurang berkemampuan.

Isnin, 19 Oktober 2009

Seminar Menerokai & Mewujudkan Peluangniaga

Seri Pacific Hotel: Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Dato' Sohaimi Shahadan telah menganjurkan seminar "Menerokai & Mewujudkan Peluangniaga bersama GLC" pada 12hb oktober 2009. Program ini telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan diiringi bersama oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ehsan PRO 191009

Ahad, 18 Oktober 2009

Amanat Buat Perwakilan 2009

Jangan lupa dan alpa kepada amanat dan seruan Perdana Menteri kepada semua. Ayuh para perwakilan, semboyan telah berbunyi. Marilah kita berusaha lebih lagi demi masa depan bangsa, agama dan anak-anak kita.

Ehsan PRO 181009

Lawatan Rumah Terbuka Sempena Raya Aidilfirtri 09

Parlimen Selayang: Pergerakan pemuda bersama Dato Ketua Pemuda Bahagian telah melawat beberapa majlis rumah terbuka sempaena hari raya pada 16hb 10 2009. Bermula dari 3 petang, pemuda serta Dato ketua telah menghadiri rumah terbuka Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bt 20 Kuang sehinggalah berakhir di rumah En Aziz di Templer Saujana, Templer Park pada jam 7 malam.
Ehsan PRO 181009

Majlis Hari Raya Tim Ketua Bhg Selayang.



Selayang: Timbalan Ketua Bahagian Selayang merangkap ADUN Taman Templer, Datuk Subahan Kamal telah menganjurkan majlis rumah terbuka DUN Taman Templer pada 16hb 10 2009 di perkarangan pusat khidmat masyarakat Dun Taman Templer dari jam 3 petang hingga 7Petang. Turut hadir penduduk selayang dan orang kenamaan.


Ehsan PRO 181009

SU Malaysia anjur Majlis Hari Raya 09

PWTC: Setiusaha UMNO Malaysia telah menganjurkan jamuan makan malam sempena hari raya pada 15hb oktober 2009 di sini. Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Datuk Seri PM dan TPM selain Menteri Kabinet dan orang kenamaan serta perwakilan. Pemuda Selayang sempat menghadiri majlis ini.




Ehsan PRO 181009