Selasa, 13 Oktober 2009

Program Rumah Terbuka Hari Raya

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang telah membuat kunjung raya ke beberapa buah rumah dan kawasan pada 10hb Sept 2009 dari jam 8pm hingga 2am. Program ini telah berbermula dari rumah terbuka UMNO Taman Warisan, Penerangan UMNO Gombak, Rumah terbuka di Kg baru dan ber akhir di Rumah terbuka Dato' Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan.



Ehsan PRO 131009

Selasa, 6 Oktober 2009

JEMPUTAN AIDILFITRI KP SELAYANG

Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Selayang merangkap EXCO Pemuda Malaysia, Dato' Sohaimi Shahadan menjemput tuan puan ke majlis rumah terbuka beliau pada 11hb oct 2009 (ahad) bertempat di no 15 jalan DM 3, Desa Moccis, Sg Buloh, Selangor dari 8 malam hingga 12 malam. Mohon untuk menghantar email di alamat shahrin@pemudaselayang.net atau shahrinazlan@frim.gov.my bagi rsvp. Semoga kehadiran tuan puan dapat meriahkan lagi majlis ini.
Ehsan PRO 061009

Isnin, 5 Oktober 2009

RAYA 2009

Parlimen Selayang: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang telah membuat kunjung raya ke beberapa buah cawangan seperti Cawangan Palma Rawang, Cawangan Selayang Indah, Emerald Rawang selain menghadiri dua buah rumah EXCO pemuda iaitu Saudara Badly Shah dan Saudara Azmie Masrus. Program lawatan raya bermula dari Ibupejabat Balai Polis Daerah Gombak pada hari Sabtu 3/10/09 jam 10 pagi dan berakhir pada Ahad 4/10/09 jam 11 malam di Cawangan Selayang Indah.

Ehsan PRO 5.10.09

Ahad, 27 September 2009

Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Keluar Majalah

Majalah Wanita telah menceritakan kisah isteri serta cahaya kelahiran Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Selayang baru-baru ini. Untuk maklumat serta kisah beliau sila layari Majalah Wanita bulan Oktober 2009.
Ehsan PRO 27/09/09

Sabtu, 26 September 2009

Salam Aidilfitri

Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang mengucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Moga perjalanan warga selayang yang balik ke kampung dalam keadaan selamat sejahtera hendaknya.

Ehsan PRO 26/09/09

Rabu, 16 September 2009

TV3 Singgah Sahur @ Selayang

Sg Buloh: Program Singgah Sahur TV3 telah membuat rakaman bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di Pusat Thafiz Az-Zahrah, Kg. Sg Polong, Sg Buloh pada 16.09.09. Rakaman program ini telah dimulakan seawal jam 3 pagi di mana pengacara program sdr Ally Iskandar dan Dato' Ketua Pemuda Selayang telah mengejutkan pelajar - pelajar thafiz yang seramai 61 orang untuk bersahur bersama. Difahamkan juga thafiz telah ditubuhkan pada Jun 2001 dan hanya dibantu oleh 4 tenaga pengajar serts 5 pegawai yang mentakbir pusat tersebut. Sumbangan yang telah di berikan adalah daripada LG, juadah Pizza dari Pizza Pah dan dari TV3. Rakaman ini telah diserikan lagi dengan kehadiran penyayi baru saudari Wanna. Program ini akan disiarkan pada 18.09.09 jam 12.30 pagi. Program ini berakhir jam 5.00 pagi.

-Ehsan PRO 16.09.09

TV3 Singgah Sahur @ Selayang- Gambar

















































- Ehsan PRO 16.09.09