Ahad, 10 Januari 2010

UMNO Juara Rakyat

Bukit Sentosa, 9 Januari 2010: Pergerakkan Pemuda Bahagian Selayang bersama Dato Ketua Pemuda Bahagian Selayang telah menghadiri program pelancaran "UMNO JUARA RAKYAT" yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.UMNO JUARA RAKYAT merupakan pendekatan baru umno dalam memenangi hati rakyat disamping mendengar keluhan rakyat selain mengadakan program bulanan di setiap bahagian.

Ehsan PRO

Taklimat KPDNKK

Pusat Aktiviti Pemuda 5.1.2010: Satu taklimat diantara pihak KPDNKK dan Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Selayang telah diadakan di sini pada jam 8.30 malam. Taklimat ini menceritakan peranan dan fungsi KPDNKK di malaysia serta program - program bersama yang boleh dikolaberasikan diantara kedua-dua pihak. Turut hadir untuk memberi taklimat adalah Pegawai KPDNKK En Ramly Nayan. Majlis diteruskan dengan mesyarat bulanan pertama Pemuda Bahagian bagi tahun 2010.

Ehsan PRO

Ahad, 3 Januari 2010

Selamat kembali ke sekolah

Dato' Ketua Pemuda, Naib serta barisan Exco Pemuda Selayang ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar
-Ehsan PRO

Salam Tahun Baru 2010

Dato' Ketua Pemuda, Naib serta barisan Exco Pemuda Selayang ingin mengucapkan Salam tahun baru 2010 kepada semua rakyat malaysia di mana jua berada

-Ehsan PRO