Rabu, 25 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dato' Ketua Pemuda, Naib serta barisan Exco Pemuda Selayang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat islam.

- Ehsan PRO

Khamis, 12 November 2009

Kunjung Hormat ke ICU

Shah Alam,12.11.09 : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang bersama Dato Ketua Pemuda telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pembangunan Negeri Selangor. Kehadiran kami telah disambut oleh ketua Pengarah ICU, hampir 1 jam beliau meluangkan masa bersama dalam merungkai soalan dan permasaalahan yang dilontarkan. Program yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari

Ahad, 8 November 2009

BBQ Bersama PDM Sg Serai

Sg Serai, Kuang 61109: Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang telah mengadakan program BBQ Bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Serai, Kuang. Program ini telah dirasmikan oleh Dato Ketua Pemuda Bahagian Selayang. Hampir 200 penduduk telah menghadiri program ini.

Khamis, 5 November 2009

EXCO Turun Padang

Jumaat 61109: Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Selayang akan menghadiri program BBQ Bersama Masyarakat anjuran bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Serai pada 6.11.09 (Jumaat) jam 8.30 Malam di Dataran Dewan Cawangan UMNO Sg. Serai Kuang, Selangor.

Rabu, 4 November 2009

Taklimat KEMAS

Pusat Aktiviti Pemuda 4.11.09: Satu taklimat diantara pihak KEMAS dan Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Selayang telah diadakan di sini pada jam 8.30 malam. Taklimat ini menceritakan peranan dan fungsi KEMAS di malaysia serta program - program bersama yang boleh dikolaberasikan diantara kedua-dua pihak. Turut hadir untuk memberi taklimat adalah Pegawai Kemas En Shahbana. Majlis diteruskan dengan mesyarat bulanan Pemuda Bahagian. Ehsan PRO51109