Selasa, 27 Oktober 2009

Deparaya @ bilik berita Media Prima- 271009

Bandar Utama: Pergerakkan pemuda UMNO Bahagian Selayang bersama Dato' Ketua Pemuda telah menghadiri jemputan deparaya yang dianjurkan oleh bilik berita media prima pada 27 oktober 2009. Ehsan PRO 271009

Jumaat, 23 Oktober 2009

Terima Kasih PM

Parlimen: Pemuda UMNO Selayang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas pembentangan budget 2010 yang melihat ke arah pembentukan golongan insan luar bandar dan juga kurang berkemampuan.

Isnin, 19 Oktober 2009

Seminar Menerokai & Mewujudkan Peluangniaga

Seri Pacific Hotel: Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Dato' Sohaimi Shahadan telah menganjurkan seminar "Menerokai & Mewujudkan Peluangniaga bersama GLC" pada 12hb oktober 2009. Program ini telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan diiringi bersama oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ehsan PRO 191009

Ahad, 18 Oktober 2009

Amanat Buat Perwakilan 2009

Jangan lupa dan alpa kepada amanat dan seruan Perdana Menteri kepada semua. Ayuh para perwakilan, semboyan telah berbunyi. Marilah kita berusaha lebih lagi demi masa depan bangsa, agama dan anak-anak kita.

Ehsan PRO 181009

Lawatan Rumah Terbuka Sempena Raya Aidilfirtri 09

Parlimen Selayang: Pergerakan pemuda bersama Dato Ketua Pemuda Bahagian telah melawat beberapa majlis rumah terbuka sempaena hari raya pada 16hb 10 2009. Bermula dari 3 petang, pemuda serta Dato ketua telah menghadiri rumah terbuka Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bt 20 Kuang sehinggalah berakhir di rumah En Aziz di Templer Saujana, Templer Park pada jam 7 malam.
Ehsan PRO 181009

Majlis Hari Raya Tim Ketua Bhg Selayang.



Selayang: Timbalan Ketua Bahagian Selayang merangkap ADUN Taman Templer, Datuk Subahan Kamal telah menganjurkan majlis rumah terbuka DUN Taman Templer pada 16hb 10 2009 di perkarangan pusat khidmat masyarakat Dun Taman Templer dari jam 3 petang hingga 7Petang. Turut hadir penduduk selayang dan orang kenamaan.


Ehsan PRO 181009

SU Malaysia anjur Majlis Hari Raya 09

PWTC: Setiusaha UMNO Malaysia telah menganjurkan jamuan makan malam sempena hari raya pada 15hb oktober 2009 di sini. Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Datuk Seri PM dan TPM selain Menteri Kabinet dan orang kenamaan serta perwakilan. Pemuda Selayang sempat menghadiri majlis ini.




Ehsan PRO 181009

Selasa, 13 Oktober 2009

Khas Buat Perwakilan UMNO 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang ingin mengucapkan Selamat Bersidang buat semua perwakilan UMNO. Teruskan perjuangan demi menegakkan agama bangsa dan negara.

Ehsan PRO 141009

Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia 2009

PWTC: Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Selayang telah menghadiri Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia pada 13hb 10 2009 pada jam 8 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Buat pertama kalinya menyaksikan ketua pemuda bahagian Selayang berada di barisan EXCO Pemuda Malaysia.Perasmian ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Pemuda UMNO Bahagian Selayang telah diwakili oleh Sdr Mahzerun, Sdr Mahzohrin dan Sdr Zahid.
Ehsan PRO 141009

Rumah Terbuka Dato' KP Selayang

Desa Moccis: Dato' Sohaimi Shahadan telah mengadakan rumah terbuka aidilfitri beliau pada 11.10.09 (Ahad) dari jam 8 malam hingga 1 pagi. Rumah terbuka aidilfitri telah dikunjungi hampir 2 ribu orang daripada semua lapisan masyarakat. EXCO Pemuda Bahagian juga turut membantu beliau dalam menjayakan rumah terbuka ini.majlis ini telah dimulakan dengan tahlil dan diakhiri dengan sesi karaok.
Beberapa tetamu kehormat dari seluruh Malaysia turut hadir.




Ehsan PRO 131009

Program Rumah Terbuka Hari Raya

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang telah membuat kunjung raya ke beberapa buah rumah dan kawasan pada 10hb Sept 2009 dari jam 8pm hingga 2am. Program ini telah berbermula dari rumah terbuka UMNO Taman Warisan, Penerangan UMNO Gombak, Rumah terbuka di Kg baru dan ber akhir di Rumah terbuka Dato' Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan.



Ehsan PRO 131009